BARU sahaja selesai dengan konsert, penyanyi Ernie Zakri terus membanggakan negara selepas wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square.
"Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo.
"Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia," ujar Ernie.
Banyak perancangan 2023
Ernie turut berkongsi bahawa tahun ini telah membuahkan banyak kenangan manis buatnya secara peribadi. Malah, Ernie mempunyai banyak perancangan untuk tahun 2023.
"Saya bercadang untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan juga mungkin sebuah album pada hujung tahun ini. Banyak yang sudah saya rancangkan jadi tolong doakan semuanya dimudahkan,” sambungnya lagi.
Penampilan Ernie pada papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.
Selain itu secara kebetulan, Siti Nurhaliza yang baru sahaja membuat persembahan bersama Ernie juga pernah diberi penghormatan tersebut.
Pemerkasaan wanita
Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.
Sejajar dengan tema tersebut, Ernie sempat mengulas mengenai topik berkenaan.
"Saya sentiasa ingin menjadi versi terbaik diri saya. Kebanyakan lagu saya membawa pesan pemerkasaan wanita. Dan inilah yang ingin saya laungkan.
"Mimpi boleh menjadi kenyataan jika kita bekerja dengan bijak. Banyak yang telah saya pelajari. Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segalanya, tapi kini setelah bergelar ibu dan isteri saya mengerti bahawa saya perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup dan kerjaya.
"Akhirnya, penguat semangat dan pendorong saya adalah keluarga tercinta," jelasnya.
Terkenal dengan kemantapan vokal yang hebat, Ernie gembira melihat segala penat lelahnya kini membuahkan hasil. Kejayaan terbaharu ini adalah salah satu daripadanya.
Terdapat 35 senarai main tempatan EQUAL yang merangkumi artis dari lebih 50 buah negara, dan Ernie merupakan wakil daripada senarai main EQUAL Malaysia & Singapura.
Selain itu, terdapat juga Senarai Main EQUAL Global “terbaik” yang mengandungi muzik dari artis EQUAL dari seluruh dunia.
Ernie Zakri menyambung legasi papan iklan New York Times Square ini selepas beberapa nama besar sebelumnya seperti Yuna, DOLLA dan beberapa lagi. -- Gempak
Gempak
Wed May 24 2023
Ernie Zakri menyambung legasi papan iklan New York Times Square ini selepas beberapa nama besar sebelumnya seperti Yuna, DOLLA dan beberapa lagi.- Gempak
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
KPH 2.0 dingin, penonton lebih selektif untuk berhibur
Lambakan konsert artis antarabangsa dan faktor ekonomi semasa menjadi sebab kehadiran penonton ke konsert berkenaan berkurang.
Ini sebab kenapa Ernie pilih 'Masing-Masing' sebagai single utama 'Aura'
Naskhah yang digubah dan ditulis oleh Ade dari kumpulan Govinda bersama Nabila V ini disifatkan Ernie sebagai sebuah naskhah yang mempunyai jalan cerita tersendiri.
"Tak pernah terbayang" - Ernie Zakri hiasi papan iklan di Times Square New York
Penyanyi Ernie Zakri terus membanggakan negara selepas wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square.
"Industri muzik sihat, artis Malaysia dah macam level BLACKPINK" - Noh Salleh
Noh Salleh sempat menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran penonton di konsert Patah Hati pada Rabu di Zepp Kuala Lumpur.
Tiket konsert murah, persembahan kami tetap mahal - Syamel dan Ernie Zakri
Syamel tidak mahu peminat beranggapan harga tiket itu akan melambangkan tahap persembahan mereka nanti.
Ernie Zakri, Syamel bakal buat konsert hujung tahun ini
Penyanyi duet bervokal lantang, Ernie Zakri dan Syamel bakal mengejutkan peminat dengan konsert sulung mereka pada hujung tahun ini.
"Tak berani lagi, bimbang..." - Anuar Zain perjelas kenapa belum lagi jumpa bayi Ernie dan Syamel
Menurut Anuar, ada sebab mengapa dia berbuat demikian.
Ernie Zakri perkenalkan anak Nur Khawla Soleha
Selepas melahirkan cahaya pertamanya pada 22 Februari lalu, penyanyi Ernie Zakri memperkenalkan nama puterinya.
Ernie Zakri selamat melahirkan anak pertama
Anak sulung Ernie Zakri dan Syamel lahir pada pukul 10.14 pagi ini.
'All Together Now Malaysia' bakal ketengah bakat baharu
ATNM akan bersiaran setiap Ahad bermula 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.